Sunday 19 February 2012

Aplikasi Permainan Upin Dan Ipin Pada Platform iOS Mula Kelihatan

Les Copaque sebelum ini telah pun memperkenalkan aplikasi Pocket Ipin, selain pada masa yang sama memberikan kita sedikit paparan eksklusif berkaitan dengan aplikasi iPad Upin dan Ipin. Nampaknya bukan itu sahaja, dan masih terdapat beberapa aplikasi yang masih dalam pembangunan oleh pihak Les Copaque.




gambar di atas memperlihatkan sebuah aplikasi seumpama Pocket Ipin, tetapi diterapkan dengan beberapa sokongan permainan. Daripada paparan yang dikongsikan, ianya kelihatan seperti ianya merupakan permainan untuk menimbang dan mengawal bola.

Ia tidak diketahui adakah pihak Les Copaque akan melancarkannya kepada umum, atau sekadar masih dalam peringkat prototaip lagi. Mungkin kami akan cuba mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan dengannya dalam masa terdekat ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...