Friday 17 February 2012

Gambar Yang Didelete Dalam Facebook Tetap Tidak Hilang




Perkongsian gambar di Facebook merupakan salah satu perkara yang amat menakutkan, dimana sebelum ini, kita pernah mendengar akan gambar yang dipadam daripada Facebook tidak dipadam sepenuhnya, tetapi sekadar dibuang daripada akaun sahaja. Tetapi, dengan pautan terus ke gambar tersebut, ia boleh diakses dengan mudah.


Nampaknya, masalah ini sesuatu yang masih tidak diatasi oleh Facebook sehingga ke hari ini, dimana melalui ujian yang dilakukan oleh ArsTechnica, gambar yang telah dipadam lebih kurang 3 tahun yang lepas, masih boleh diakses sehingga ke hari ini. Perkara ini, sekaligus mempersoalkan kepada privasi dan perkongsian pada laman sosial terkemuka tersebut.


Apabila ditanya kepada pihak Facebook, menurut mereka, masalah ini akan diatasi dalam masa sebulan dua lagi, apabila mereka beralih kepada sebuah sistem baru, yang menyeragamkan sistem mereka dengan rangkaian CDN seluruh dunia Facebook. Menurut Facebook lagi, masalah ini timbul kerana gambar yang disimpan pada pelayan mereka dipadam, tetapi gambar salinan pada CDN yang tidak dipadam, dan mengambil masa yang lama untuk memadamnya.


Namun, masa sehingga lebih 3 tahun, merupakan salah satu masa yang agak lama, dan mungkin dengan Facebook yang telah memfailkan untuk IPO, masalah ini perlu diatasi secepat mungkin, supaya tidak menjejaskan imej mereka.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...