Monday 18 June 2012

Inter & AC Milan Berminat Dengan Anderson

Dua kumpulan gergasi Inter dan AC Milan sedia bersaing untuk khidmat midfielder Manchester United, Anderson.


United sedia mengalami kerugian dengan mencari £15 juta untuk perpindahan pemain berusia 24 tahun itu, yang hanya tampil di 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris musim lepas.

 Anderson tiba dari Porto menerusi perjanjian bernilai €30 juta (£25.6 juta) pada tahun 2007 sama waktu dengan Nani tapi ketika pemain sayap itu berkembang menjadi pemain utama di Old Trafford, perkembangan pemain Brazil itu tidak menjadi seperti yang diharapkan.

 Telah ada hubungan dilakukan dengan kelab gergasi Itali tersebut menerusi pihak ketiga dengan the Rossoneri telah mengenalpasti Anderson sebagai pengganti berpotensi untuk midfielder yang dalam permintaan, Kevin-Prince Boateng.

 "Anderson tidak berkembang seperti yang kelab harapkan," menurut sumber. "Dengan Inter dan AC berminat, United pasti sanggup melepaskannya pergi – dengan harga yang betul.

" Kecederaan seringkali membantutkan perkembangan Anderson yang tidak pernah mengatasi 24 penampilan yang dilakukan dalam musim debutnya di bawah Sir Alex Ferguson.

 Beliau terlepas sebahagian besar musim 2009-10 dan gagal beraksi di Piala Dunia 2010 selepas mengalami kecederaan ligamen lutut kaki kirinya. Kali terakhir Anderson mewakili negaranya ialah di Sukan Olimpik 2008 di Beijing, di mana pasukan Bawah 23 Tahun Brazil memenangi pingat gangsa.

sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...