Monday 18 June 2012

Piala AFC: Mandjou perkuat Kelantan

MENJELANG pertemuan suku akhir pertama saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang kelab dari Iraq, Arbil, Kelantan bakal menggunakan penyerang import baru, Keita Mandjou bagi memantapkan jentera serangan.


.
Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berkata, khidmat pemain berkenaan bakal digunakan dalam saingan suku akhir piala AFC dan bakal bergandingan dengan Mohd Ghaddar.

 " Pendaftaran pemain ini akan kita lakukan dalam masa terdekat dan sekiranya tiada sebarang masalah, Kieta akan diturunkan menggantikan Onyekachi Nwoha.

 "Kehadiran pemain ini yang mempunyai pengalaman serta reputasi tinggi sebagai peledak gol diharap dapat memberikan kesan positif kepada barisan serangan dan pasukan untuk mencapai kemenangan," katanya.

 Azman turut menjelaskan, pengalaman Mohd Ghaddar yang pernah beraksi bersama pasukan lamanya sebelum menyertai Kelantan perlu diterjemahkan bersama rakan sepasukan.

 "Sebelum menyertai Kelantan, Mohd Ghaddar pernah bermain untuk kelab di Iraq yang secara tidak langsung mengetahui corak permainan mereka. "Kelebihan ini akan kita guna sepenuhnya selain komitmen pemain yang bakal beraksi yang menjadi tunjang kepada kejayaan pasukan," katanya. Mandjou, 32, pemain kelahiran Guinea sebelum ini turut dikaitkan perpindahan dengan pasukan lamanya, Perak.

SUMBER : Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...